TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Akaun 3 KWSP tidak berkesan, Wan Saiful gesa kerajaan pertimbang pengeluaran bersasar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Feb - Kerajaan diminta untuk mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Cadangan itu diusulkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. 

Wan Saiful menyatakan bahawa tindakan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 adalah tidak berkesan, kerana ramai pencarum yang mengeluarkan wang daripada akaun tersebut bukan dari golongan yang memerlukan, tetapi untuk membiayai aktiviti mewah yang tidak penting. 

Menurutnya, dasar kerajaan untuk memperkenalkan Akaun 3 tidak mencapai tujuannya, dan beliau mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan dasar pengeluaran yang lebih bersasar.

Wan Saiful turut berkongsi pengalaman bertemu dengan beberapa pencarum yang mempunyai simpanan jutaan Ringgit dalam akaun KWSP mereka, namun menghadapi kesulitan hidup.

Contohnya, seorang pencarum memiliki RM1.3 juta dalam akaunnya, tetapi bekerja sebagai pencuci pinggan, sementara seorang lagi yang mempunyai RM1.8 juta terlantar di hospital dan tidak mampu membayar bil perubatan. 

"Macam mana kita nak buat ini? Penyelesaian yang dicadangkan kerajaan melalui Akaun Fleksibel tidak berkesan," tambahnya.

Wan Saiful mengakui bahawa simpanan untuk hari tua adalah penting, tetapi bagi mereka yang sedang menghadapi kesulitan hidup, menunggu sehingga umur 50 atau 55 tahun untuk mengeluarkan duit KWSP bukanlah penyelesaian yang adil.

Beliau menegaskan bahawa banyak individu memerlukan bantuan segera untuk menyelesaikan masalah hidup mereka seperti rumah yang lelong dan bil hospital yang tidak mampu dibayar.

Sehubungan itu, Wan Saiful menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dan mempertimbangkan rayuan ribuan orang yang memohon pengeluaran KWSP secara bersasar.

+ - reset