TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Cadangan pengeluaran akaun 1 KWSP sebagai pinjaman hanya membebankan pencarum terdesak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 April - Cadangan supaya akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberikan pinjaman kepada pencarum adalah perkara tidak wajar dan membebankan.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berkata, cadangan itu hanya membantu mereka yang mempunyai pekerjaan tetap dan konsisten mencarum setiap bulan yang mana golongan ini dilihat tidak terdesak dan memerlukan.

"Bagaimana dengan nasib pencarum seperti suri Rumah, ibu, bapa tunggal, peniaga kecil-kecilan dan pencarum yg sudah lama tidak mencarum atas beberapa faktor antaranya kesihatan.

"Justeru, adakah wajar cadangan membuat pinjaman ke atas wang simpanan mereka sendiri dan dengan apa mereka mahu sandarkan dan membayar semula pinjaman tersebut bagi kelangsungan hidup mereka yang tertekan?" soalnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Azmi membidas cadangan Pakar Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai untuk membenarkan pencarum membuat pinjaman di atas wang simpanan mereka sendiri.

Menurut Azmi, jika pinjaman ini melalui bank maka sudah pasti banyak dokumen yang perlu dilampirkan terutamanya pengesahan majikan, slip gaji dan penyata KWSP untuk justifikasi yang pencarum masih aktif mencarum.

Jelasnya, bagaimana pencarum mahu membayar pinjaman jika mereka sendiri terdesak dari segi kewangan.

"Pihak KWSP perlu dan wajar memberi kelonggaran dan meluluskan permintaan pencarum ini yang memerlukan sekarang dan bukan cadangan yang menyukarkan dan merumitkan kehidupan pencarum yang terdesak memerlukan pengeluaran dengan kadar segera.

"Sehubungan itu, saya bagi pihak pencarum seluruh negara mendesak dan menggesa KWSP utk pertimbangkan secara tuntas dan meluluskan desakan pencarum ini dengan kadar segera demi kelangsungan hidup pencarum," katanya.

#KWSP #PGIRM #AKAUN1 #PENCARUM

+ - reset