TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penstrukturan akaun KWSP tak beri manfaat pada pencarum

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 April - Penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak memberi manfaat kepada pencarum yang terdesak dan memerlukan pengeluaran untuk kelangsungan hidup.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata dia menerima banyak aduan, keluhan dan keresahan daripada pencarum berkenaan penstrukturan akaun KWSP

“Selepas beberapa kajian sayay mendapati perincian yang dinyatakan tidak wajar dan saya memohon kepada KWSP utk pertimbangkan semula.

“Ini kerana ia dilihat hanya membantu kepada pencarum yang tidak terkesan dan mempunyai baki simpanan yang banyak dalam Akaun 2 yang membolehkan mrk membuat pindahan ke dalam Akaun Fleksible dalam jumlah yg besar. 

“Bagaimana pula dengan pencarum yg benar-benar memerlukan pengeluaran utk menampung kehidupan mereka yang tersepit yang mana kebanyakkan mereka tidak lagi mempunyai baki yang banyak dalam Akaun 2.

“Kebanyakannya telah dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pelbagai seperti pendahuluan deposit rumah, pengurangan bayran bulanan rumah,pengeluaran ank utk melanjutkan pelajaran dan kesihatan,” katanya kepada Media Telus.

Azmi turut mempertikai matlamat KWSP menstuktur semula akaun pencarum sama ada mahu membantu yang terdesak atau yang tidak terkesan.

Justeru katanya, dia mencadangkan supaya Akaun 1 kekal 70%, baki Akaun Fleksible hanya mengambil 5% sahaja daripada Akaun 2 dan kekalkan 25% di dalamnya kerana Akaun 2 ini sangat penting buat pencarum pada masa depan.

“Saya juga mencadangkan KWSP memberi kelonggaran daripada Akaun 1 untuk membenarkan pemindahan dilakukan mengikut formula 15/30 kpd pencarum yg mempunyai baki kurang RM3,000 dan ke bawah serta pencarum yang tidak mempunyai langsung baki dalam Akaun 2,” katanya.

Tambahnya, dia memohon KWSP mempertimbangkan cadangan ini dan meluluskan demi kelangsungan hidup pencarum dan kebajikkan mereka.

+ - reset