Berita Berita
KUSKOP tawar moratarium 6 bulan kepada usahawan terjejas banjir

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 3 Dis - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan moratorium pembayaran balik pinjaman bagi tempoh tiga hingga enam bulan kepada usahawan yang terjejas banjir bagi meringankan beban ditanggung mereka.
KUSKOP dalam kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak dapat mencari rezeki akibat bencana berkenaan dan koperasi mengalami kerugian akibat kerosakan premis, peralatan dan stok barangan perniagaan.
Katanya, pelaksanaan moratorium kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sejajar dengan prinsip kerajaan.
"Dalam tempoh moratorium, mereka mempunyai masa untuk memberi fokus kepada usaha-usaha pemulihan tanpa memikirkan tekanan kewangan daripada pinjaman yang perlu dibayar.
"Usahawan yang terjejas boleh menghubungi pejabat cawangan agensi-agensi KUSKOP berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan inisiatif-inisiatif banjir yang ditawarkan," katanya.
Menurut kenyataan itu, ketika ini, misi bantuan awal KUSKOP melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah digerakkan di beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"TEKUN telah melaksanakan aktiviti penyediaan makanan kepada 1,500 orang mangsa-mangsa banjir iaitu di tiga buah PPS di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
"Di Kedah, penduduk kampung yang terputus bekalan air bersih turut diberi bantuan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Koperasi Melayu Pulau Pinang Berhad yang telah melaksanakan bantuan khidmat masyarakat," katanya.
Katanya, bekalan air bersih dari telaga boring milik koperasi dihantar kepada penduduk sekitar Jeneri, Kedah.
"Ia bertujuan meringankan beban penduduk dengan membekalkan air bersih setelah lebih 3 hari penduduk kampung terputus bekalan air.
"KUSKOP telah merangka pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara besar-besaran selepas banjir pulih dengan pelbagai inisiatif bantuan dan program pembersihan pasca banjir yang akan dilaksanakan oleh Skuad Ihsan MADANI KUSKOP," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 26, 2025, 4:30 pm
30 gelanggang sukan diroboh, KBS tanggung kerugian RM12.4 Juta
April 26, 2025, 4:20 pm
Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri hingga 5 petang ini
April 26, 2025, 12:22 pm
DBKL sita kerusi, meja, payung penjaja di ibu kota
April 26, 2025, 11:12 am
PRK DUN Ayer Kuning: Semua calon selesai buang undi
April 25, 2025, 7:08 pm
Hukuman penjara ibu curi makanan dikurangkan dari dua bulan ke enam hari
April 25, 2025, 7:02 pm
Rayuan kuota haji Malaysia cecah 85,000, kerajaan harap tambahan 10,000 tempat
April 25, 2025, 6:56 pm
Bayi ditinggal dalam beg atas tangga rumah
April 25, 2025, 6:36 pm
Anwar mahu sekolah mulakan penguasaan AI sejak awal
April 25, 2025, 6:29 pm
Tun M tuntut Zahid Hamidi mohon maaf berhubung isu aset UMNO
April 25, 2025, 5:45 pm