TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan helikopter

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 April - Tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 orang pagi tadi, turut mencederakan seorang anggota pasukan itu yang berada di lokasi kejadian

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata secara kebetulan ketika kejadian anggota berkenaan sedang berenang di dalam kolam renang, lokasi sebuah helikopter tu terhempas.

"Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan dia sedang berenang di kolam renang tersebut.

"Anggota terbabit terkena serpihan daripada helikopter Fennec tersebut dan mengalami kecederaan ringan. Kebetulan anggota terbabit berada dalam kolam renang ketika kejadian berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian, hari ini.

Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Nahas jam 9.32 pagi itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM. - Berita Harian

#TLDM #CEDERA #HELIKOPTER

+ - reset