Berita Berita
Menteri nasihat jangan kongsi pengabaian, penderaan kanak-kanak di media sosial
SEREMBAN 23 April - Orang ramai diminta tidak menjadikan media sosial sebagai tempat menyalur atau menyebarkan maklumat serta berkongsi berkaitan sesuatu kes pengabaian dan penderaaan kanak-kanak.
Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sebaliknya, mereka perlu menggunakan kemudahan disediakan oleh kementerian itu untuk menyalurkan maklumat berkenaan seperti menghubungi Talian Kasih di 15999 atau institusi di bawah KPWKM.
"Jangan berkongsikan sesuatu kes pengabaian atau penderaan kanak-kanak itu di media sosial.
"Kena laporkan kes itu kepada pihak kami dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti Talian Kasih 15999 atau institusi di bawah KPWKM.
"Jika dilaporkan di media sosial dan tiada maklumat terperinci, sukar untuk diambil tindakan dan melakukan siasatan terhadap pihak yang terlibat.
"Pegawai Kebajikan Masyarakat kita berada di setiap daerah, jadi mudah untuk tindakan segera diambil sebaik kami menerima aduan," katanya kepada media di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan, di sini, hari ini.
Hadir sama, timbalannya, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.
Nancy berkata, cara itu dikenal pasti lebih berkesan untuk menangani isu terbabit kerana aduan terus diterima oleh institusi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata, KPWKM akan memperhebatkan promosi menerusi program advokasi di 300 sekolah di seluruh negara tahun ini, bagi menggalakkan orang ramai memanfaatkan Talian Kasih jika berlaku sebarang isu berkaitan kanak-kanak.
"Kami menganjurkan program ini untuk beri pendedahan kepada masyarakat termasuk warga sekolah, bagaimana hendak melaporkan apa sahaja isu berkaitan kanak-kanak dengan segera," katanya.
Berhubung kedudukan pemberi maklumat, Nancy berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana nama mereka dirahsiakan.
Menurutnya, pihaknya mahu masyarakat sama-sama memainkan peranan membantu kerajaan dalam menangani isu kanak-kanak.
"Orang ramai juga tidak mahu kes berkaitan kanak-kanak berlarutan dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan, jadi masyarakat harus bersama memainkan peranan menangani perkara ini.
"JKM atau kementerian kami, tidak mampu menangani kes-kes ini tanpa kerjasama dari semua pihak," katanya. - Berita Harian
Berita berkaitan
January 5, 2025, 12:39 pm
Hubungan diplomatik Malaysia-Singapura diperkukuh dalam lawatan 2 hari ke tanah air esok
January 5, 2025, 12:33 pm
Anggota APM cedera, ambulans langgar besi kren di Kuala Langat
January 5, 2025, 12:29 pm
Kes hMPV meningkat, KKM nasihat orang ramai berjaga-jaga, cegah jangkitan
January 5, 2025, 12:23 pm
Seekor lagi kucing mati dalam UM akibat diserang anjing liar
January 5, 2025, 12:21 pm
Atlet Paragliding Malaysia maut jatuh laut ketika latihan di Thailand
January 5, 2025, 12:20 pm
Lelaki warga emas ditemui mati dalam kereta berkunci
January 5, 2025, 12:17 pm
4 cedera treler rempuh 3 kenderaan di Kluang
January 5, 2025, 12:15 pm
Gaji progresif berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta
January 5, 2025, 12:11 pm
Nak balik Palestin segera punca kekecohan di Wisma Transit KL
January 4, 2025, 12:48 pm