Berita Berita
Mata anggota Maritim cedera ditembak berjaya diselamatkan
KUALA LUMPUR 8 April - Mata anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang cedera ditembak di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi Kunak, semalam, berjaya diselamatkan dan tidak perlu memakai mata palsu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang berkata, pembedahan dijalankan untuk mengeluarkan peluru dan memastikan mata anggota polis terbabit berfungsi dengan baik.
"Seorang anggota Maritim Malaysia yang terbabit dalam kejadian tembakan itu selamat menjalankan pembedahan mata dan peluru berjaya dikeluarkan.
"Alhamdulillah mata anggota itu tidak perlu dikeluarkan kerana pada awalnya pembedahan juga untuk memasukkan mata palsu, namun keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azaman Ahmad Sapri kepada Timbalannya, Datuk Nasri Omar yang akan memangku jawatan itu, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.
Pada majlis itu , Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSPT, Datin Nassariah Mohad Nassir menyerahkan jawatannya kepada Naib Pengerusi, Datin Hamidah Hashim.
Pagi semalam, dua anggota penguat kuasa Maritim Malaysia Zon Lahad Datu cedera dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kiri, manakala seorang lagi kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan penjenayah.
Sementara itu, empat lagi anggota penguat kuasa tidak mengalami sebarang kecederaan.
#MARITIMMALAYSIA #KPN #MATA #
Berita berkaitan
October 22, 2024, 7:23 pm
Konon tawar jadi pengasuh di Bangkok, rupanya sindiket nak jual di Myanmar
October 22, 2024, 6:17 pm
Kain seragam jururawat terlalu keras, ada yang sedekah jadi kain kafan - Guan Eng
October 22, 2024, 4:23 pm
‘Bomba jangan diam sahaja kalau bangunan tidak selamat’ – Sultan Pahang
October 22, 2024, 3:46 pm
Kerajaan lulus laksana 35 projek PPKI bernilai RM716.4 juta tahun hadapan
October 22, 2024, 2:33 pm
Sarawak komited perbaiki akses pendidikan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak – Abang Johari
October 22, 2024, 2:29 pm
Rakyat boleh anjur himpunan aman, tapi kena ikut peraturan - Shamsul Anuar
October 22, 2024, 2:29 pm
Pesta Sukan Air Kuala Kangsar mungkin ditangguh atas faktor cuaca
October 22, 2024, 2:15 pm
Cikgu Anas nafi bertindak kasar, hadir untuk siasat masalah peniaga
October 22, 2024, 2:04 pm
4.3 juta kenderaan Singapura masuk Johor dalam tempoh 9 bulan
October 22, 2024, 1:58 pm