TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Taktik penipuan guna nama Angkasa, anggota koperasi, orang awam diminta hati-hati

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menafikan ada menawarkan sebarang pinjaman atau skim pembiayaan kepada mana-mana pihak.

Angkasa dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya menyedari perkara itu selepas terdapat cubaan memperdaya orang ramai seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi mesej.

“Sehubungan itu, Angkasa menasihatkan anggota koperasi dan orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan taktik penipuan masa kini yang menggunakan nama Angkasa berkenaan pinjaman.

“Sebarang iklan yang mencurigakan sila laporkan kepada e-aduan Angkasa di laman web www.angkasa.coop,” katanya. - Media Telus

#ANGKASA #SKIMPELABURAN #TAWARANPINJAMAN

+ - reset