TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Berang diugut bocor hubungan sulit kepada isteri dipercayai punca suspek bunuh Farah Kartini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sutan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dikatakan berpunca daripada suspek yang hilang kawalan dan berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek.

Menurut sumber, mangsa mendesak suspek untuk berkahwin selepas menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

"Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran mayat ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek yang juga anggota polis adalah teman lelaki kepada mangsa.

"Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

"Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

+ - reset