TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Pembantu rumah orang tua mengaku buli Esha, didenda RM100

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Julai – Seorang wanita didenda RM100 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat bertujuan membangkitkan kemarahan dalam kes buli siber pempengaruh Rajeswary Appahu atau dikenali Esha.

Tertuduh, Shalini Periasamy berusia 35 tahun yang juga pempengaruh kontroversi menggunakan akaun media sosial TikTok atas nama ‘alphaquinnsha’.

Shalini yang hadir bersama dua individu dipercayai bapa dan suaminya kelihatan tenang ketika dibacakan pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Arunjothy M Selvarwam hari ini.

Sejurus selepas pertuduhan dibacakan, Shalini yang bekerja sebagai pembantu rumah jagaan orang tua itu mengaku salah perbuatannya dan mengakui dirinya sudah insaf dengan insiden tersebut.

Hakim kemudian mengenakan denda sebanyak RM100 atau penjara tujuh hari andai denda tersebut tidak dibayar.

Mengikut pertuduhan, Shalini didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Kesalahan dilakukan pada 1 Julai lalu kira kira jam 4.10 pagi di Sentul, memetik laporan MalaysiaGazette.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pada 5 Julai, Esha berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari sebelum ini mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes tersebut.

Untuk makluman, ketika ini, seorang lagi sedang didakwa di mahkamah berlainan berhubung kes tersebut.

+ - reset