Berita Berita
Parlimen Sungai Buloh rai 159 pelajar cemerlang SPM, bantu tingkat akademik masa depan
SHAH ALAM 13 Julai – Seramai 159 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Parlimen Sungai Buloh diraikan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sungai Buloh.
Inisiatif itu mebabitkan peruntukkan sebanyak RM72,350 bagi menghargai prestasi cemerlang pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan.
Program itu diadakan bagi membantu meningkatkan akademik serta memotivasikan pelajar berkenaan untuk lebih berjaya di masa akan datang.
Penyerahan anugerah kepada pelajar terbabit disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk R Ramanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh di Dewan Bunga Matahari Subang Bestari sini, hari ini.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Zamri Salleh; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurusan YBR.
Sementara itu, Ramanan berkata, beliau berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh YBR dalam meningkatkan tahap pendidikan pelajar di Parlimen Sungai Buloh.
"Saya amat berharap usaha murni sebegini akan dapat diteruskan dan sekaligus menarik perhatian agensi-agensi bukan berkeuntungan yang lain untuk turut serta dalam meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah sistem pendidikan yang mampan."
Di dalam majlis yang sama Zamri berkata, bantuan insentif yang diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang diharapkan dapat membantu mereka sebagai persiapan untuk menyambung pengajian ke institusi yang dipilih oleh dan menjadi pemangkin untuk mengekalkan momentum prestasi cemerlang di dalam akademik.
"Pihak YBR amat mengambil berat dan terpanggil untuk membantu mereka yang berpontensi di dalam akademik untuk meningkatkan tahap pendidikan khususnya yang bagi mereka yang layak serta menjadi pendorong untuk mereka berjaya seterusnya berbakti kepada bangsa dan negara," katanya.
Antara pelajar sekolah yang terlibat dalam inisiatif ini yang diadakan secara dua sesi iaitu di Kota Damansara dan Paya Jaras.
Pelajar terlibat terdiri daripada pelajar SMK Seksyen 4 Kota Damansara, SMK Seksyen 8 Kota Damansara, SMK Seksyen 10 Kota Damansara, SMK Subang Bestari dan SMK Sierramas.
#PELAJAR #CEMERLANG #SPM #RAMANAN #BANKRAKYAT
Berita berkaitan
October 29, 2024, 3:15 pm
Kibar Jalur Gemilang di Menara Condong, lima ahli PAS dipanggil beri keterangan
October 29, 2024, 3:14 pm
Polis dedah punca Malaysia jadi hab transit dadah
October 29, 2024, 3:07 pm
Pengasas TikTok kini individu terkaya di China, kekayaan cecah AS$49.3 bilion
October 29, 2024, 2:24 pm
Tak perlu guna sistem 'diyat', undang-undang kes kemalangan jalan raya dah cukup - Loke
October 29, 2024, 1:14 pm
Malaysia komited 'tidak bersekutu' dengan kuasa ekonomi mana-mana negara
October 29, 2024, 12:05 pm
Khazanah, PNB terima RM3.1 juta, jual saham dalam FashionValet
October 29, 2024, 11:57 am
Hutang isi rumah naik kepada RM1.57 trilion, pinjaman rumah paling tinggi
October 29, 2024, 11:48 am
Aliran trafik dijangka meningkat 2.1 juta kenderaan sempena cuti Deepavali
October 29, 2024, 11:31 am
'Kenapa hiasan Halloween lebih meriah berbanding Deepavali?' - Sivakumar
October 29, 2024, 11:18 am