TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar lulus peruntukan RM1 juta untuk Kompleks Pendidikan Al-Ummah

By
|
Kongsi
image

IPOH 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan RM1 juta kepada Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Chepor di sini untuk pembangunannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau tidak melihat banyak pihak yang serius mengambil inisiatif sendiri dalam mengumpul dana seperti KPU yang berjaya mengutip hampir RM6 juta.

"Pendidikan masjid ini, sekiranya masjid dibina hanya daripada peruntukan daripada pihak atasan, ini tidak memenuhi semangat yang dimiliki oleh masyarakat.

“Buat masa ini, sebelum saya boleh menyiasat lebih lanjut, saya luluskan RM1 juta dahulu. Minta setiausaha kerajaan negeri tolong ingatkan Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri supaya cepat dan dalam tempoh satu hingga dua minggu duit akan sampai,” katanya ketika berucap pada Majlis Kunjungan Muhibbah dan Hi-Tea di KPU Chepor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi KPU Mohd Nasir Kamaruddin. - Media Telus

#MASJID #IPOH #DANA 

+ - reset