TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada kenaikan tarif elektrik hingga hujung tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 Jun - Tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula 1 Julai hingga 31 Disember.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, penetapan itu adalah selari keputusan berkenaan kerajaan tidak menaikkan tarif berkenaan pada mesyuarat berlangsung semalam.

Katanya, tarif elektrik bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sebanyak 600kWj sehingga 1,500 kWj kekal.

Jelasnya, terapat penurunan bagi bukan domestik melibatkan operator air dan pembentungan iaitu daripada RM3.70/kWj kepada RM2.70/kWJ.

“Selain itu ia penurunan turut melibatkan lampu jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu daripada RM3.70 sen/kWj kepada 2.70/kWj.

“Bukan domestik lain-lain penurunan daripada 17 sen/kWj ke 16 sen/kWj,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh berkenaan yang akan dibiayai oleh kerajaan pada kali ini adalah sebanyak RM2.192 juta.

Petra berkata, kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.

“Kerajaan berharap agar penurunan kadar surcaj mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) kepada kategori ini dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran selain menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan pelaburan di Malaysia,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan terus kekal komited untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna elektrik dalam kategori Miskin Tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih di seluruh Malaysia pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

“Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti yang berhampiran,” katanya. - Media Telus

#TARIFELEKTRIK #PETRA 

+ - reset