Berita Berita
KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan – PGIRM
KUALA LUMPUR 14 Mac – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah hak mutlak pencarum dan bukannya bantuan kerajaan atau hadiah daripada mana-mana pihak.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, pihaknya mengambil maklum surat dihantar Shahidan Kassim kepada Anwar Ibrahim yang membincangkan cadangan memberi fleksibiliti pengeluaran KWSP termasuk kemungkinan memasukkan dividen ke Akaun Fleksibel atau pengeluaran khas secara sekali sahaja bagi membantu pencarum terkesan.
Menurut beliau, PGIRM menghargai usaha mana-mana Ahli Parlimen yang membawa suara kesusahan rakyat kepada perhatian kerajaan, namun kandungan tertentu dalam surat berkenaan menimbulkan perbincangan dalam kalangan pencarum.
Katanya, isu kesusahan kewangan rakyat tidak wajar dibandingkan dengan bonus atau insentif yang diterima penjawat awam serta sebahagian pekerja sektor swasta.
“KWSP adalah wang simpanan pencarum sendiri. Ia bukan bantuan kerajaan dan bukan hadiah mana-mana pihak. Wang ini adalah hasil titik peluh rakyat yang disimpan untuk masa depan mereka.
“Fleksibiliti pengeluaran pula perlu dilaksanakan secara bersasar. Ia bukan bertujuan menghabiskan simpanan, sebaliknya sebagai respons kepada tekanan kewangan nyata seperti kehilangan pekerjaan, pendapatan tidak menentu dan komitmen hutang isi rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Azmi berkata, suara pencarum perlu diberi perhatian dengan pendekatan yang adil, telus dan bersasar tanpa menjejaskan simpanan persaraan jangka panjang.
“Rakyat tidak mahu perbandingan antara kumpulan pekerjaan. Yang mereka mahukan ialah pendekatan yang adil, telus dan bersasar.
“Pencarum tidak meminta sedekah. Mereka hanya menuntut hak terhadap wang simpanan sendiri yang merupakan hasil kerja keras bertahun-tahun,” katanya.
Berita berkaitan
November 9, 2026, 6:59 pm
Anwar hulur bantuan tambahan RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah mangsa banjir di Selangor
November 9, 2026, 6:13 pm
Tiga individu maut dipercayai disambar petir di Sepang
November 9, 2026, 4:03 pm
'Semua masalah Melaka dia tahu’ - Adly yakin Ashraf Minghat mampu bela nasib rakyat Durian Tunggal
November 9, 2026, 3:01 pm
PRN Melaka: Gigih turun rumah ke rumah, calon PH Durian Tunggal faham keperluan penduduk
November 9, 2026, 2:44 pm
Konsert The Weeknd di Malaysia didakwa ada unsur pemujaan, Jakim mula siasatan
November 9, 2026, 2:19 pm
Buang mayat bayi baru lahir dalam longkang, pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan, denda RM5,000
November 9, 2026, 12:32 pm
