Berita Berita
Isu dividen KWSP perlu pendekatan bersasar, bukan menyeluruh - PGIRM
KUALA LUMPUR 24 Feb - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa cadangan supaya keseluruhan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimasukkan ke Akaun Fleksibel untuk semua pencarum perlu dinilai secara berhati-hati bagi memastikan kelestarian simpanan persaraan negara terus terpelihara.
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, KWSP merupakan dana persaraan jangka panjang dan bukan akaun tunai semasa.
“Dividen KWSP adalah hasil pelaburan jangka panjang untuk memperkukuh simpanan hari tua pencarum. Jika keseluruhan dividen dialihkan ke Akaun Fleksibel tanpa pendekatan bersasar, ia berpotensi melemahkan simpanan persaraan jutaan pencarum dalam jangka panjang,” katanya.
Menurut beliau, pendekatan sama rata mungkin dilihat sebagai penyelesaian mudah, namun dasar awam tidak boleh digubal hanya berdasarkan sentimen semasa tanpa mengambil kira implikasi jangka panjang terhadap sistem persaraan negara.
PGIRM kekal konsisten menyokong pendekatan bersasar bagi membantu golongan benar-benar terdesak seperti pekerja yang kehilangan pekerjaan, ibu tunggal atau suri rumah tanpa pendapatan tetap, pekerja gig, peniaga mikro, golongan B40 dan M40 berpendapatan rendah serta pesakit kritikal.
“Kita perlu bezakan antara mereka yang benar-benar memerlukan bantuan segera dengan yang masih mempunyai sumber pendapatan stabil. Pendekatan bersasar lebih adil dan bertanggungjawab,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa nota sokongan PGIRM berhubung cadangan agihan dividen secara bersasar telah disalurkan kepada Ahli Parlimen yang membawa isu KWSP dan dimaklumkan bahawa hujah berkenaan akan dijadikan rujukan dalam perbahasan di Dewan.
“Ini menunjukkan suara pencarum sedang diberi perhatian di peringkat Parlimen dan perbahasan dibuat secara lebih berfakta serta seimbang,” katanya lagi.
PGIRM pada masa sama menghormati pandangan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan dalam membawa isu rakyat. Namun, dalam soal simpanan persaraan negara, keseimbangan antara keperluan semasa dan keselamatan masa depan pencarum perlu menjadi keutamaan.
“KWSP adalah dana persaraan. Bantuan wajar diberikan secara bersasar kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa menjejaskan prinsip simpanan jangka panjang,” tegasnya.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 11:46 am
Kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa ditemukan, tiga masih hilang
November 10, 2026, 10:20 am
PRN Melaka: 12,531 anggota keselamatan, pasangan keluar mengundi awal hari ini
November 10, 2026, 10:00 am
Hadir konsert The Weeknd tidak semestinya syirik, namun digalak solat taubat - Mufti
November 10, 2026, 9:03 am
Tragedi kepala air: Seorang ditemukan lemas, SAR tujuh lagi mangsa diteruskan di Sungai Pertak
November 10, 2026, 8:25 am
Seludup PATI, polis tahan 4 lelaki tempatan, 30 warga Myanmar di Tanah Merah
November 10, 2026, 8:18 am
Sorok kelahiran, buang mayat bayi dalam longkang: Pekerja restoran dipenjara 3 bulan, denda RM5,000
November 10, 2026, 8:09 am
Tragedi kepala air Sungai Pertak: 8 hanyut dihanyutkan arus deras, 19 berjaya diselamatkan
November 9, 2026, 6:59 pm
Anwar hulur bantuan tambahan RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah mangsa banjir di Selangor
November 9, 2026, 6:13 pm
Tiga individu maut dipercayai disambar petir di Sepang
November 9, 2026, 4:03 pm
