Berita Berita
PGIRM gesa kerajaan lulus pengeluaran KWSP bersasar elak rakyat terjebak hutang
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia antara 53 hingga 55 tahun yang terpaksa mengambil pinjaman daripada syarikat komuniti berlesen bagi menampung kos sara hidup.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata fenomena itu membimbangkan kerana menunjukkan ramai rakyat kini berada dalam keadaan terdesak selepas permohonan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar masih belum dipertimbangkan kerajaan.
Menurutnya, tawaran pinjaman dengan konsep “pakai dulu, bayar selepas pengeluaran penuh KWSP” hanya menyebabkan pencarum terperangkap dalam beban hutang berganda disebabkan kadar faedah yang tinggi.
“PGIRM tidak menentang dasar kerajaan menjaga simpanan hari tua, namun realitinya ramai pencarum kini terpaksa berhutang untuk hidup hari ini.
Lebih baik kerajaan benarkan pengeluaran bersasar yang terkawal daripada membiarkan rakyat terjerat pinjaman berfaedah tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa kerajaan menilai semula dasar sedia ada melalui sesi rundingan khas bersama wakil pencarum dan NGO rakyat bagi merangka mekanisme pengeluaran bersyarat kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan tanpa menjejaskan matlamat jaminan hari tua.
“Rakyat bukan meminta habuan, tetapi menuntut hak mereka sendiri. Pengeluaran bersasar bukan ancaman kepada ekonomi, malah dapat mengelak rakyat daripada terus terjerat hutang,” tegasnya.
PGIRM menegaskan bahawa kebajikan rakyat mesti diutamakan secara seimbang antara keperluan semasa dan jaminan masa depan, sambil menegaskan isu ini bukan berunsur politik tetapi melibatkan hak serta maruah pencarum yang telah menabung sepanjang hayat.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 9:59 pm
Wanita gagal selamatkan suami jatuh kolam kumbahan, kedua-duanya ditemui maut berpelukan
November 12, 2026, 4:17 pm
Tangan polis putus ditetak berjaya disambung semula selepas pembedahan lapan jam di HKL
November 12, 2026, 3:46 pm
Bom meletup di Thailand, rakyat Malaysia dinasihat berhati-hati rentas sempadan Perlis
November 12, 2026, 2:29 pm
BSN perkasa sekolah lahirkan Safawi Rasid, naik taraf gimnasium demi pelapis atlet negara
November 12, 2026, 2:18 pm
BN-PN sasar menang 25 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka — Ab Rauf
November 12, 2026, 2:13 pm
Malaysia nafi sokong tindakan ketenteraan China ke atas Taiwan — PM
November 12, 2026, 2:10 pm
Bayaran pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih kekal — Saifuddin
November 12, 2026, 2:06 pm
Tahanan rumah: Najib dibenar tinggal bersama keluarga, dilarang sertai aktiviti politik — Saifuddin
November 12, 2026, 1:04 pm
Tahanan rumah Najib bukan hukuman dua darjat, orang miskin juga ada hak sama – Saifuddin
November 12, 2026, 11:46 am
