TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Malaysia kempunan tamat penantian 33 tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Mei - Skuad sepak takraw negara gagal menamatkan penantian 33 tahun apabila gagal meraih gelaran juara berpasukan selepas tewas kepada pasukan Thailand.

Menerusi perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu, perlawanan sengit berlangsung antara kedua-dua pasukan hingga membawa kepada regu ketiga.

Menerusi perlawanan regu pertama yang dibarisi Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan, negara mencatat kemenangan 2-1.

Set pertama menyaksikan Malaysia kalah 15-9 sebelum bersambung ke set kedua yang mana Malaysia menang 15-11.

Set ketiga pula Malaysia menang 15-13.

Regu kedua yang dibarisi Amirul Zazwan, Noraiza dan Haziq Hairul Nizam pula tewas 8-15 an 5-8 pada dua set.

Regu ketiga yang dibarisi Zarif Marican, Shaharil Aiman dan Zaim Razali juga tewas dua set 12-15, 12-15. - Media Telus

#SEPAKTAKRAW #PIALADUNIA #MALAYSIA

+ - reset