TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Faisal Halim dibenar keluar hospital, sambung rawatan di rumah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Mei - Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dibenarkan keluar dari hospital di Shah Alam, Selangor.

Dimaklumkan, pemain berusia 26 tahun itu telah dirawat sejak 5 Mei dan keluar dari Hospital Avisena pada petang hari ini..

Faisal juga akan terus menjalani rawatan, pemulihan dan rawatan psikologi di kediamannya, yang tidak didedahkan.

"Kami percaya adalah yang terbaik untuk dia bersama orang tersayang semasa proses ini. Kami akan memantaunya sentiasa untuk memastikan kepulangannya ke permainan dilakukan dengan baik," kata ahli lembaga pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Terdahulu, Faisal melecur darjah empat selepas disimbah asid sulfurik oleh dua penyerang yang tidak dikenali pada 5 Mei lalu di sebuah pusat beli-belah di Damansara. - Media Telus

#FAISALHALIM #BOLASEPAK #SELANGORFC 

+ - reset