TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

'Ia milik keluarga dan rakyat Argentina' - Keluarga Maradona halang 'Golden Ball' dilelong

By
|
Kongsi
image

PARIS 24 Mei - Trofi 'Bola Emas' milik Diego Maradona yang hilang akibat dicuri beberapa dekad lalu menimbulkan kontroversi sekali lagi apabila ia dilaporkan akan dlilelong dalam satu majlis, namun keluarga lagenda bola sepak itu menghalang dan ingin mendapatkan semua anugerah berkenaan. 

Malah, keluarga Maradona sudah pun mengambil tindakan undang-undang di Perancis untuk menghalang penjualan trofi ‘Bola Emas’ dari Piala Dunia Mexico 1986 itu.

Sebelum ini, trofi itu ditemui oleh peniaga barangan antik di ibu negara Perancis itu selepas dilaporkan hilang selama beberapa tahun.

Keluarga Maradona mengetahui trofi itu akan dilelong di Neuilly-sur-Seine pada 6 Jun depan.

Peguam mewakili keluarga Maradona berkata harga trofi itu dijangka mencecah jutaan ringgit dan ia adalah hak milik lima warisnya.

Dua tahun lalu, jersi Argentina milik Maradona dari kejohanan 1986 dilelong hampir RM43.9 juta sementara bola ‘Tangan Tuhan’ yang dimenangi dari suku akhir menentang England dilelong pada harga RM11.26 juta tahun lalu.

Menurut salah seorang anak Maradona, trofi yang diberikan kepada bapa mereka pada Npvember 1986 di Kabaret Lido di Paris dicuri semasa rompakan bank di Naples tiga tahun lalu.

Keluarga pemain itu mendakwa mereka baru mengetahui beberapa minggu lalu bahawa ia akan dilelong dan segera mengambil tindakan undang-undang untuk cuba menuntut semula.

“Keluarga Maradona mahu mendapatkan bola itu dan rakyat Argentina juga mahukan bola itu,” katanya di luar mahkamah di Nanterre.

Pada hari Khamis, peguam untuk rumah lelong dan penjual trofi mendakwa bahawa keluarga Maradona tidak memberikan bukti aduan yang difailkan pada masa itu.

Sementara itu, berbeza kenyataan dengan Pengarah rumah lelong, Maximilien Aguttes yang memaklumkan terdapat cerita yang tersebar iaitu Maradona sendiri yang meninggalkan trofi itu di Lido pada petang ia dianugerahkan.

Peniaga antik yang memiliki trofi itu pula berkata dia memberi trofi berkenaan pada 2016 di lot perkakasan yang menghimpunkan banyak trofi yang tidak bernilai.  

Mahkamah akan memutuskan pada 30 Mei ini sama ada penjualan itu boleh dilakukan. - Agensi

#MARADONA #TROFI #JUAL

+ - reset