TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Ribuan rakyat iringi perjalanan terakhir Ebrahim Raisi

By
|
Kongsi
image

MASHHAD 24 Mei - Ribuan penduduk Iran tidak melepaskan peluang untuk mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Ebrahim Raisi dalam majlis pengebumiannya di bandar suci Mashhad, semalam.

Majlis pengebumian Ebrahim itu dijalankan selepas empat hari beliau meninggal dunia dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan pemimpin lain.

Ketika Allahyarham masih hidup, beliau yang berumur 63 tahun dianggap sebagai calon yang paling tepat untuk menggantikan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei yang berusia 85 tahun.

Sementara pengganti Ebrahim, Mohammad Mokhber, yang pernah menjadi Naib Presiden pertama akan berkhidmat sebagai Presiden sementara sehingga pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada 28 Jun depan.

Pengebumian jenazah Allahyarham Ebrahim turut dihadiri oleh pegawai kerajaan dan tentera Iran, serta tokoh agama. - Media Telus

#RAISIEBRAHIM #IRAN #PRESIDEN

+ - reset