Berita Ekonomi
Maha Berjaya Frozen Food perluas pasaran di Sabah

KOTA KINABALU 22 Mei - Atas permintaan tinggi, rakyat Sabah kini berpeluang mendapatkan produk daging beku berkualiti dan premium pada harga berpatutan melalui cawangan Maha Berjaya Frozen Food Sdn Bhd yang baru dibuka di Jalan Tuaran, di sini.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Maha Berjaya, Mahfuz Khawarizmi berkata pembukaan cawangan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan penduduk Sabah yang semakin meningkat terhadap produk sejuk beku khususnya daging kambing, lembu dan ayam.
"Kami mendapat banyak permintaan daripada rakyat Sabah untuk mendapatkan produk sejuk beku dan selepas membuat kajian pemasaran, sudah tiba masanya Maha Berjaya mendarat di negeri ini untuk memenuhi permintaan penduduk di sini.
"Kesemua produk yang ditawarkan oleh Maha Berjaya adalah halal dan disahkan AP bagi memastikan mereka memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.
"Protokol ujian ketat syarikat ini adalah untuk menjamin setiap produk yang dihantar kepada pelanggan adalah selamat dan berkualiti tinggi," katanya.
Cawangan baharu itu turut dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BTC Berhad Datuk Abdul Kadir ME Sikkandar.
"Komitmen terhadap kualiti dan keselamatan adalah tidak berbelah bahagi, dan kami bangga bahawa kami mengembangkan kehadiran kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan
kami di rantau ini," tambahnya.
Maha Berjaya telah berjaya mengimport sebanyak 952 produk, berjumlah 20,000 metrik tan setahun dari 15 negara di seluruh dunia.
"Pilihan yang luas ini mengukuhkan dedikasi syarikat untuk menyediakan rangkaian produk sejuk beku berkualiti tinggi dan premium yang pelbagai bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka yang arif," katanya.
Lokasi baharu terletak di Bigwheel Industrial, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang, dan pada hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 1 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Maha Berjaya dan produknya, sila layari laman web rasmi di www.mahaberjaya.com.my.
Untuk pertanyaan perniagaan, sila hubungi Encik Mahfuz melalui WhatsApp di +60 17-645 3278 atau emel ke mahfuz@mahaberjaya.com.my. - Media Telus
#SABAH #MAHABERJAYA #FROZENFOOD
Berita berkaitan
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am
Bursa Malaysia dibuka rendah dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif AS
March 27, 2025, 1:21 pm
Rasionalisasi subsidi RON95 akan ada dua peringkat harga, salur guna MyKad - Amir Hamzah
March 12, 2025, 11:36 am
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
March 7, 2025, 3:02 pm
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.00% sepanjang 2025
March 6, 2025, 3:15 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 3 peratus
March 3, 2025, 11:59 am
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
February 28, 2025, 10:48 am
Genting Bhd dijangka catat kerugian RM22 juta bagi suku keempat tahun lalu
February 21, 2025, 12:15 pm