Berita Dunia
Pesawat SIA alami gelora udara teruk, seorang penumpang maut
SINGAPURA 21 Mei - Seorang meninggal dunia dan beberapa cedera selepas penerbangan SQ321 dari Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura mengalami gelora udara teruk (turbulence) ketika dalam penerbangan, menurut syarikat penerbangan itu.
SIA berkata, pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 kru dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan hari ini.
"Singapore Airlines mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
"Kami akan memberikan kemas kini secara berkala di akaun Facebook dan X kami," katanya di Facebook.
SIA berkata, keutamaan kini adalah memberikan bantuan kepada semua penumpang dan kru yang berada di dalam pesawat.
Pengendali penerbangan terbabit berkata, mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan, dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan. - BERNAMA
Berita berkaitan
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar
October 2, 2024, 11:43 am
'Silap besar Iran serang Israel- Netanyahu
September 30, 2024, 11:29 am