TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Pilihan raya Iran diadakan pada 28 Jun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Mei - Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pendaftaran calon Presiden Iran akan berlangsung dari 30 Mei hingga 3 Jun dan tempoh kempen pilihan raya ditetapkan dari 12 hingga 27 Jun.

Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan hal ehwal eksekutif negara untuk tempoh 50 hari dan bersedia untuk pilihan raya presiden.

Pilihan raya diadakan susulan kematian Presiden Iran, Ibrahim Raisi yang dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, pada Ahad.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban.

Terdahulu IRNA melaporkan bahawa perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan menunaikan solat jenazah untuk presiden pada Rabu dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Mashhad sehari kemudian.

Satu majlis sedang berlangsung di pusat bandar Tehran di mana orang ramai sedang bersedih dan berkabung atas kematian Raisi.

#PILIHANRAYA #IRAN

+ - reset