TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Timbalan Presiden, CEO KDF FC letak jawatan bukan sebab masalah gaji

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Mei - Peletakan jawatan Timbalan Presiden Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz tidak mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji serta kekalahan pasukan dalam dua perlawanan awal.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, kedua-dua tokoh itu membuat keputusan bagi memberikan tumpuan kepada tugasan hakiki masing-masing.

"Ini adalah prosedur biasa. Sebenarnya, perancangan mereka untuk melepaskan jawatan telah dibuat sejak beberapa bulan lalu.

"Namun saya tidak benarkan sebab waktu itu urusan penjenamaan kelab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, KDN FC akur dengan keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai kehilangan besar buat pasukan.

Ujarnya, hal ini kerana kedua-dua mereka merupakan 'tulang belakang' dalam membangunkan pasukan KDN FC.

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Presiden dan CEO KDN FC meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa Ahad.

KDN FC dalam kenyataan memaklumkan, mereka melepaskan jawatan masing-masing kerana ingin memberi tumpuan penuh pada urusan lain yang lebih utama.

#KDNFC #KELANTAN #BOLASEPAK 

+ - reset