TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Raja Arab Saudi terima rawatan radang paru-paru

By
|
Kongsi
image

DUBAI 20 Mei - Raja Arab Saudi, Raja Salman, akan menjalani program rawatan di Istana Al Salam di Jeddah untuk radang paru-paru, kata agensi berita negara itu semalam, beberapa jam selepas beliau menjalani ujian perubatan.

Memetik Istana Diraja, agensi berita negeri itu berkata Raja berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keradangan reda.

Terdahulu, Raja Salman menjalani ujian perubatan di klinik diraja di Istana Al Salam kerana 'suhu tinggi dan sakit sendi', kata agensi berita negara itu.

Raja itu kali terakhir dimasukkan ke hospital pada April untuk pemeriksaan rutin, lapor TV negeri ketika itu.

Raja Salman, penjaga tapak paling suci Islam, menjadi pemerintah negara pengeksport minyak terkemuka dunia itu pada 2015 selepas menghabiskan lebih dua setengah tahun sebagai putera mahkota dan timbalan perdana menteri. - REUTERS

+ - reset