TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Nahas helikopter: Presiden Iran sah meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Mei - Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut Iran.

Memetik laporan Reuters, helikopter yang dinaiki Raisi dilaporkan ditemui dalam keadaan telah terbakar sepenuhnya.

Turut terkorban dalam nahas tersebut ialah Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian.

Difahamkan, cuaca buruk telah menyukarkan pasukan penyelamat untuk segera tiba di lokasi nahas.

Sebelum ini media melaporkan sebuah helikopter membawa Raisi, bersama sejumlah pegawai kanan dilaporkan terhempas di barat laut Iran.

Terdahulu, Raisi dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan, apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika mahu mendarat di wilayah Varzaqan.

Selain Raisi dan Amirabdollahian, beberapa pegawai lagi dipercayai turut berada dalam helikopter berkenaan termasuk Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; dan Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem.

#PRESIDENIRAN #MAUT #NAHASHELIKOPTER

+ - reset