Berita Berita
BN pertahan DUN Ayer Kuning dengan majoriti lebih besar

TAPAH 26 April – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir, menewaskan wakil Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.
Keputusan rasmi menunjukkan Dr Mohamad Yusri memperoleh 11,065 undi, meninggalkan Abdul Muhaimin yang meraih 6,059 undi dan Bawani dengan 1,106 undi. BN mencatatkan majoriti sebanyak 5,006 undi.
Jumlah keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada jam 6 petang adalah 58.07 peratus daripada keseluruhan 31,893 pengundi berdaftar di kawasan itu.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Ayer Kuning, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, mengumumkan keputusan rasmi tersebut setelah selesai penjumlahan undi dari semua 63 saluran di 19 pusat mengundi.
Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 289 kertas undi ditolak sepanjang proses pengundian berlangsung. - Media Telus
Berita berkaitan
April 26, 2025, 4:30 pm
30 gelanggang sukan diroboh, KBS tanggung kerugian RM12.4 Juta
April 26, 2025, 4:20 pm
Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri hingga 5 petang ini
April 26, 2025, 12:22 pm
DBKL sita kerusi, meja, payung penjaja di ibu kota
April 26, 2025, 11:12 am
PRK DUN Ayer Kuning: Semua calon selesai buang undi
April 25, 2025, 7:08 pm
Hukuman penjara ibu curi makanan dikurangkan dari dua bulan ke enam hari
April 25, 2025, 7:02 pm
Rayuan kuota haji Malaysia cecah 85,000, kerajaan harap tambahan 10,000 tempat
April 25, 2025, 6:56 pm
Bayi ditinggal dalam beg atas tangga rumah
April 25, 2025, 6:36 pm
Anwar mahu sekolah mulakan penguasaan AI sejak awal
April 25, 2025, 6:29 pm