Berita Berita
DBKL sita kerusi, meja, payung penjaja di ibu kota

PETALING JAYA, 26 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita pelbagai barangan milik penjaja yang diletakkan secara haram di laluan awam sekitar ibu kota dalam operasi malam tadi.
Antara kawasan terlibat ialah Jalan Gading, Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Brunei, dan Jalan Bukit Bintang, lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu malam.
“Sebanyak 10 tindakan sita dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta **UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016),” menurut kenyataan DBKL hari ini.
Barangan yang disita termasuk meja dan kerusi plastik, payung, pakaian serta pelbagai peralatan penjajaan lain.
Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi dan rekod.
DBKL memaklumkan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berkala di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan penjaja.
Orang awam yang ingin membuat aduan boleh melakukannya menerusi pautan: https://adukl.dbkl.gov.my - Media Telus
Berita berkaitan
April 26, 2025, 4:30 pm
30 gelanggang sukan diroboh, KBS tanggung kerugian RM12.4 Juta
April 26, 2025, 4:20 pm
Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri hingga 5 petang ini
April 26, 2025, 11:12 am
PRK DUN Ayer Kuning: Semua calon selesai buang undi
April 25, 2025, 7:08 pm
Hukuman penjara ibu curi makanan dikurangkan dari dua bulan ke enam hari
April 25, 2025, 7:02 pm
Rayuan kuota haji Malaysia cecah 85,000, kerajaan harap tambahan 10,000 tempat
April 25, 2025, 6:56 pm
Bayi ditinggal dalam beg atas tangga rumah
April 25, 2025, 6:36 pm
Anwar mahu sekolah mulakan penguasaan AI sejak awal
April 25, 2025, 6:29 pm
Tun M tuntut Zahid Hamidi mohon maaf berhubung isu aset UMNO
April 25, 2025, 5:45 pm