Berita Jenayah
Lelaki maut ditembak dalam kereta

KUCHING 26 April – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 5.30 pagi apabila dua lelaki hadir ke Balai Polis Batu Kawa untuk memaklumkan kejadian.
“Mereka datang bersama mangsa yang terbaring dalam kereta dan memaklumkan rakan mereka terkena tembakan ketika memandu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemeriksaan oleh pasukan siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bersama pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat tembakan di kepala.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan secara rasmi dan motif kejadian masih dalam siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 25, 2025, 5:01 pm
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang
April 24, 2025, 5:54 pm
5 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas samun bersenjata di Kota Tinggi
April 22, 2025, 2:39 pm
Pembuat mi dijel 10 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri bawah umur
April 22, 2025, 2:05 pm
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
April 22, 2025, 1:05 pm
Rakan wanita minta teman di rumah sebelum dibelasah beramai-ramai dalam flat di Plentong
April 22, 2025, 9:56 am
Wanita ditahan curi beg sandang di Pejabat Bomba Sukarela
April 22, 2025, 9:50 am
Wanita ditahan disyaki pukul anak di dobi
April 22, 2025, 9:18 am
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
April 22, 2025, 9:10 am