Berita Berita
Suspek tikam peminta sedekah mempunyai kad OKU lembam

SHAH ALAM 25 April – Seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai menikam hingga mati seorang peminta sedekah dalam kejadian tragik di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 semalam, disahkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori lembam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa berusia 40 tahun pula tidak mempunyai kad OKU tetapi memakai besi di kaki akibat kemalangan yang dialaminya tiga tahun lalu. Mangsa difahamkan tinggal bersama isterinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Sentosa.
Menurut beliau, permohonan reman terhadap suspek dilakukan di wad pemerhatian Hospital Shah Alam pada jam 3.15 petang dan diluluskan oleh Majistret Nur Azureen Zainalkefli. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Mei dan kini ditempatkan di wad pemerhatian kerana mengalami sawan.
Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran berkaitan perebutan tempat meminta sedekah. Kedua-dua lelaki dipercayai sering berada di sekitar kawasan bank terbabit untuk meminta simpati orang ramai.
Dalam insiden itu, suspek dikatakan bertengkar dengan mangsa sebelum bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa beberapa kali di bahagian dada. Mangsa rebah dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tragedi ini mengundang perhatian ramai yang simpati terhadap nasib kedua-dua individu, yang masing-masing bergelut dengan kehidupan dalam kesempitan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 25, 2025, 7:08 pm
Hukuman penjara ibu curi makanan dikurangkan dari dua bulan ke enam hari
April 25, 2025, 7:02 pm
Rayuan kuota haji Malaysia cecah 85,000, kerajaan harap tambahan 10,000 tempat
April 25, 2025, 6:56 pm
Bayi ditinggal dalam beg atas tangga rumah
April 25, 2025, 6:36 pm
Anwar mahu sekolah mulakan penguasaan AI sejak awal
April 25, 2025, 6:29 pm
Tun M tuntut Zahid Hamidi mohon maaf berhubung isu aset UMNO
April 25, 2025, 5:45 pm
Anggota polis putus telinga digigit lelaki warga Afrika
April 25, 2025, 4:33 pm
Kisah pelajar yatim cemerlang SPM tapi tak dapat hadir ambil keputusan dapat perhatian MARA
April 25, 2025, 4:24 pm
Dua lelaki didenda kerana cetus kekecohan ketika Pesta Songkran di Damansara
April 25, 2025, 11:18 am