Berita Berita
Kisah pelajar yatim cemerlang SPM tapi tak dapat hadir ambil keputusan dapat perhatian MARA

KUALA LUMPUR, 25 April – Kisah seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak dapat hadir mengambil keputusannya kerana kekangan kewangan telah menyentuh hati banyak pihak, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi hantaran di Facebook, menyatakan rasa pilu apabila dimaklumkan tentang keadaan pelajar tersebut yang merupakan anak yatim dan berasal daripada keluarga miskin.
Susulan itu, MARA tampil memberikan komitmen penuh untuk menaja pendidikan pelajar tersebut sehingga ke peringkat universiti, termasuk peluang melanjutkan pengajian ke luar negara.
“Saya telah arahkan Ketua Pengarah MARA untuk segera kumpulkan semua pelajar cemerlang MRSM seluruh negara, termasuk penerima bantuan pendidikan MARA (BUDI) daripada golongan miskin tegar yang memperoleh semua A, untuk satu pertemuan khas bersama saya,” katanya.
Menurut beliau, pertemuan tersebut akan menjadi platform untuk menerangkan peluang pendidikan dalam bidang strategik yang ditawarkan MARA, selaras dengan keperluan pasaran kerja masa depan.
Dr Asyraf turut menegaskan bahawa MARA komited untuk membimbing pelajar berpotensi tinggi dari latar belakang kurang berkemampuan agar mampu melangkah jauh dan membawa perubahan kepada diri, keluarga dan masyarakat.
“Sebagaimana yang saya selalu tekankan kepada pelajar, hanya ilmu yang mampu mengubah kehidupan. Insya-Allah, amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik,” katanya.
Langkah proaktif MARA ini disambut baik netizen yang rata-ratanya memuji keprihatinan agensi tersebut terhadap nasib pelajar miskin yang gigih berusaha mencapai kecemerlangan akademik meskipun berdepan pelbagai cabaran. - Media Telus
Berita berkaitan
April 25, 2025, 7:08 pm
Hukuman penjara ibu curi makanan dikurangkan dari dua bulan ke enam hari
April 25, 2025, 7:02 pm
Rayuan kuota haji Malaysia cecah 85,000, kerajaan harap tambahan 10,000 tempat
April 25, 2025, 6:56 pm
Bayi ditinggal dalam beg atas tangga rumah
April 25, 2025, 6:36 pm
Anwar mahu sekolah mulakan penguasaan AI sejak awal
April 25, 2025, 6:29 pm
Tun M tuntut Zahid Hamidi mohon maaf berhubung isu aset UMNO
April 25, 2025, 5:45 pm
Anggota polis putus telinga digigit lelaki warga Afrika
April 25, 2025, 5:34 pm
Suspek tikam peminta sedekah mempunyai kad OKU lembam
April 25, 2025, 4:24 pm
Dua lelaki didenda kerana cetus kekecohan ketika Pesta Songkran di Damansara
April 25, 2025, 11:18 am