Berita Berita
Dua lelaki didenda kerana cetus kekecohan ketika Pesta Songkran di Damansara

PETALING JAYA 25 April - Dua lelaki masing-masing dikenakan denda RM300 dan RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencetuskan kekecohan ketika sambutan Pesta Songkran di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Ahad lalu.
Tertuduh pertama, Ch’ng Jin Wei, 27, seorang pekerja penyelenggaraan penyaman udara, didenda RM300 oleh Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha. Sementara itu, Ng Boo Sheng, 28, dikenakan denda RM350 oleh Majistret Farah Azura Mohd Saad.
Menurut pertuduhan, kedua-duanya didakwa melakukan kacau ganggu yang boleh menimbulkan kegusaran awam pada jam 11 malam, 20 April lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 290 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM400 jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Boo Sheng memohon hukuman minimum memandangkan anak guamnya merupakan pesalah pertama, mengaku bersalah pada peringkat awal dan turut mengalami kecederaan dengan jahitan di bahagian mata.
Sementara itu, peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Jin Wei turut merayu hukuman ringan atas dasar keinsafan dan permohonan maaf kepada semua pihak terlibat.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail dan Lim Leong Hui menegaskan perlunya hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Difahamkan, insiden itu tercetus akibat perebutan mengisi air untuk pistol air yang digunakan semasa pesta tersebut. Kejadian turut dirakam dalam satu video berdurasi 56 saat yang tular di media sosial, memaparkan sekumpulan individu bergaduh dan membaling kerusi.
Pada 22 April lalu, lima lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 25, 2025, 7:08 pm
Hukuman penjara ibu curi makanan dikurangkan dari dua bulan ke enam hari
April 25, 2025, 7:02 pm
Rayuan kuota haji Malaysia cecah 85,000, kerajaan harap tambahan 10,000 tempat
April 25, 2025, 6:56 pm
Bayi ditinggal dalam beg atas tangga rumah
April 25, 2025, 6:36 pm
Anwar mahu sekolah mulakan penguasaan AI sejak awal
April 25, 2025, 6:29 pm
Tun M tuntut Zahid Hamidi mohon maaf berhubung isu aset UMNO
April 25, 2025, 5:45 pm
Anggota polis putus telinga digigit lelaki warga Afrika
April 25, 2025, 5:34 pm
Suspek tikam peminta sedekah mempunyai kad OKU lembam
April 25, 2025, 4:33 pm
Kisah pelajar yatim cemerlang SPM tapi tak dapat hadir ambil keputusan dapat perhatian MARA
April 25, 2025, 11:18 am