Berita Jenayah
5 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas samun bersenjata di Kota Tinggi

KOTA TINGGI 24 April - Polis berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjata di daerah ini semalam, yang menyebabkan kecederaan terhadap dua warga asing.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, tangkapan dibuat susulan dua laporan polis yang diterima oleh Balai Polis Bayu Damai antara jam 10.05 pagi hingga 10.40 pagi. Kejadian melibatkan dua lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an di Teluk Ramunia, Pengerang dan seorang wanita tempatan berumur sekitar 50-an di Kampung Gambut Pungai.
Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menahan kesemua suspek di dua lokasi berasingan di Pasir Gudang dan Johor Bahru sekitar jam 7 malam hari yang sama.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas semula barangan yang disamun seperti rantai tangan emas dan telefon bimbit serta beberapa senjata yang digunakan dalam kejadian termasuk parang dan pakaian suspek. Menurut Yusof, dua kes samun yang membabitkan kumpulan sama berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam.
Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Mereka juga mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Media Telus
Berita berkaitan
April 26, 2025, 11:51 am
Lelaki maut ditembak dalam kereta
April 25, 2025, 5:01 pm
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang
April 22, 2025, 2:39 pm
Pembuat mi dijel 10 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri bawah umur
April 22, 2025, 2:05 pm
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
April 22, 2025, 1:05 pm
Rakan wanita minta teman di rumah sebelum dibelasah beramai-ramai dalam flat di Plentong
April 22, 2025, 9:56 am
Wanita ditahan curi beg sandang di Pejabat Bomba Sukarela
April 22, 2025, 9:50 am
Wanita ditahan disyaki pukul anak di dobi
April 22, 2025, 9:18 am
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
April 22, 2025, 9:10 am