Berita Dunia
Gempa bumi 6.2 skala Ritcher gegar Istanbul, 236 cedera akibat panik

ISTANBUL 24 April – Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan Istanbul pada Rabu, mencetuskan panik dan menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera, lapor agensi berita Anadolu Ajansi.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), pusat gempa terletak di daerah Silivri dan berlaku pada jam 12.49 tengah hari waktu tempatan. Gegaran turut dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berhampiran, memaksa orang ramai melarikan diri keluar dari bangunan.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya memaklumkan bahawa gempa itu berlaku pada kedalaman hampir 7 kilometer dan berlangsung selama 13 saat. Katanya, 236 mangsa cedera selepas terjun dari tempat tinggi dalam keadaan panik dan kini sedang dirawat di hospital.
“Sebanyak 127 gempa susulan direkodkan sehingga jam 5.55 petang, dengan magnitud tertinggi mencecah 5.9,” katanya.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim, Murat Kurum berkata, talian kecemasan 112 menerima 378 laporan berkaitan kerosakan struktur.
“Pasukan kami telah mengenal pasti sembilan rumah yang perlu dikosongkan bagi keselamatan,” jelasnya.
AFAD dalam kenyataannya turut mengesahkan tiada laporan kematian atau kemusnahan besar setakat ini, hasil penilaian awal daripada laporan yang diterima.
Pasukan tindak balas dari pelbagai agensi kini digerakkan bagi menilai tahap kerosakan serta memastikan keselamatan awam.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan turut menyatakan keprihatinan beliau terhadap insiden tersebut.
“Saya mengucapkan takziah dan mendoakan keselamatan semua rakyat jelata; kerajaan sedang memantau situasi secara dekat,” katanya.
Berita berkaitan
April 18, 2025, 11:51 am
Empat maut, kereta kabel terjatuh ke gaung
April 16, 2025, 1:01 pm
Sudan bergolak semula, RSF isytihar kerajaan baharu ketika krisis kemanusiaan memuncak
April 16, 2025, 11:26 am
PM Kemboja sampaikan takziah, kenang sumbangan Tun Abdullah
April 16, 2025, 11:20 am
Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi ucap takziah atas pemergian Pak Lah
April 15, 2025, 6:03 pm
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum Ke-14 pada 3 Mei
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm
Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
April 6, 2025, 1:36 pm
Ribuan rakyat AS mulakan protes tolak dasar Trump, desak pertahankan demokrasi
April 3, 2025, 9:55 am