TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Pu**mak Hindu' - Guru lapor polis terima mesej hina, perkauman dari penghantar makanan

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 24 April – Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima mesej berbaur penghinaan dan perkauman daripada seorang penghantar makanan melalui ciri sembang dalam aplikasi penghantaran makanan.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku pada jam 4.40 petang Ahad lalu selepas beliau menghantar mesej bertanyakan status pesanan makanannya.

Katanya, pada awalnya beliau menerima notifikasi mengatakan penghantar makanan sudah sampai ke restoran.

Namun setelah pesanan tidak diterima pada waktu yang dijangkakan, beliau menghantar mesej kepada penghantar tersebut untuk bertanya sama ada makanan sudah dihantar atau belum, dan hanya menerima jawapan, “ni ada bawah.”

Ketika dalam perjalanan turun ke tingkat bawah pangsapuri, wanita itu menerima mesej yang didakwa berbunyi: *“Oii sampai. Tak mau ambik makanan jangan order pu**mak Hindu.”*

Susulan insiden itu, syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia memaklumkan bahawa akaun penghantar makanan berkenaan telah disekat serta-merta.

Dalam kenyataan balas di Facebook, Grab Malaysia menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan penggunaan bahasa kesat serta unsur diskriminasi tersebut.

“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Sila ambil maklum bahawa akaun pemandu tersebut telah disekat dan kini sedang dalam siasatan,” jelas Grab.

Pihak syarikat turut menegaskan bahawa mereka tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk bahasa kesat atau diskriminasi.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil. Kami amat menghargai kesabaran dan kefahaman anda sementara siasatan dijalankan,” tambah mereka.

+ - reset