Berita Jenayah
Pembuat mi dijel 10 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri bawah umur

MUAR 22 April - Seorang pembuat mi yang merogol anak tiri di ruang tamu sebuah rumah di Tangkak awal bulan ini menerima padah apabila lelaki itu dipenjara 10 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 32 selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Tertuduh yang bakal menimang cahaya mata ketujuh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia 13 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan mengikut undang-undang.
Perbuatan itu dilakukan pada pukul 2 hingga 4 pagi, 6 April lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di ruang tamu dan tertuduh pulang dari kerja.
Sebaik selesai mandi dan makan, tertuduh secara senyap-senyap menghampiri mangsa dan memaksa melakukan perbuatan terkutuk itu.
Pada masa sama, tertuduh mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibunya.
Kejadian itu terbongkar apabila mangsa mahu melarikan diri dari rumah dan mengadu kepada guru sekolah mengenai insiden yang menimpanya.
Guru itu kemudian menasihati mangsa supaya membuat laporan segera. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Ledang pada 15 April lalu. Tertuduh ditahan pada hari yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang di penjara selain pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman tersebut.
Berita berkaitan
April 26, 2025, 11:51 am
Lelaki maut ditembak dalam kereta
April 25, 2025, 5:01 pm
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang
April 24, 2025, 5:54 pm
5 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas samun bersenjata di Kota Tinggi
April 22, 2025, 2:05 pm
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
April 22, 2025, 1:05 pm
Rakan wanita minta teman di rumah sebelum dibelasah beramai-ramai dalam flat di Plentong
April 22, 2025, 9:56 am
Wanita ditahan curi beg sandang di Pejabat Bomba Sukarela
April 22, 2025, 9:50 am
Wanita ditahan disyaki pukul anak di dobi
April 22, 2025, 9:18 am
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
April 22, 2025, 9:10 am