Berita Jenayah
Rakan wanita minta teman di rumah sebelum dibelasah beramai-ramai dalam flat di Plentong

JOHOR BAHRU 22 April – Seorang lelaki berusia 21 tahun terpaksa menerima sembilan jahitan selepas dipukul sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah flat di Plentong, di sini, Jumaat lalu.
Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang di Taman Puteri, Kluang itu turut mengalami bengkak pada dada dan belakang badan akibat kejadian berkenaan. Tiga jahitan terpaksa dilakukan pada bibir kanan dan enam lagi di telinga kirinya.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menerima pesanan ringkas sekitar jam 5 petang daripada seorang wanita yang dikenalinya, meminta untuk menemaninya di rumah sewa di Plentong. Mangsa tiba di lokasi kira-kira jam 9.30 malam.
Tidak lama selepas itu, tiga lelaki yang tidak dikenali tiba, salah seorang daripadanya membawa senjata dipercayai parang. Tiga lelaki lain turut keluar dari sebuah bilik dan memukul mangsa secara beramai-ramai menggunakan tangan dan objek seperti kayu.
Kumpulan suspek turut mengugut dan meminta wang sebanyak RM3,000 daripada mangsa. Mangsa yang tidak mampu membayar jumlah tersebut hanya menyerahkan RM600 dan motosikal jenis Yamaha Y16 miliknya turut dirampas.
Susulan kejadian, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Plentong, Seri Alam kira-kira jam 11.14 malam keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memaklumkan bahawa seramai tujuh lelaki serta seorang wanita telah ditahan sejak semalam bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
April 26, 2025, 11:51 am
Lelaki maut ditembak dalam kereta
April 25, 2025, 5:01 pm
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang
April 24, 2025, 5:54 pm
5 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas samun bersenjata di Kota Tinggi
April 22, 2025, 2:39 pm
Pembuat mi dijel 10 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri bawah umur
April 22, 2025, 2:05 pm
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
April 22, 2025, 9:56 am
Wanita ditahan curi beg sandang di Pejabat Bomba Sukarela
April 22, 2025, 9:50 am
Wanita ditahan disyaki pukul anak di dobi
April 22, 2025, 9:18 am
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
April 22, 2025, 9:10 am