Berita Jenayah
Wanita ditahan curi beg sandang di Pejabat Bomba Sukarela

BUTTERWORTH 22 April - Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki mencuri beg sandang milik seorang lelaki di Pejabat Bomba Sukarela, Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam, pada Ahad lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C Tharmalingam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.20 malam, 20 April, apabila suspek yang menaiki motosikal memasuki kawasan pejabat bomba sukarela tersebut.
“Ketika kejadian, anggota bomba sukarela itu sedang tidur dan hanya menyedari kehilangan beg sandangnya selepas terjaga.
“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki kawasan pejabat, mengambil beg milik pengadu, dan melarikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Rakaman CCTV insiden berkenaan turut tular di media sosial, memaparkan wanita berkenaan memakai baju berwarna merah dan bertopi keledar ketika memasuki premis tersebut. Seorang lelaki kelihatan sedang tidur di atas sofa berhampiran dan tidak menyedari kejadian.
Menurut Tharmalingam, semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga didapati negatif.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan kejadian ini kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nike Carlsdeon Anak Tony Enggang di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. - Media Telus
Berita berkaitan
April 26, 2025, 11:51 am
Lelaki maut ditembak dalam kereta
April 25, 2025, 5:01 pm
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang
April 24, 2025, 5:54 pm
5 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas samun bersenjata di Kota Tinggi
April 22, 2025, 2:39 pm
Pembuat mi dijel 10 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri bawah umur
April 22, 2025, 2:05 pm
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
April 22, 2025, 1:05 pm
Rakan wanita minta teman di rumah sebelum dibelasah beramai-ramai dalam flat di Plentong
April 22, 2025, 9:50 am
Wanita ditahan disyaki pukul anak di dobi
April 22, 2025, 9:18 am
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
April 22, 2025, 9:10 am