Berita Jenayah
Wanita ditahan disyaki pukul anak di dobi

CHUKAI 22 April - Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki memarahi dan memukul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya sekitar daerah ini pada jam 7.27 malam semalam.
Penahanan dibuat susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu kandung memarahi dan memukul seorang kanak-kanak perempuan di premis berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati tindakan wanita terbabit adalah kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang dilihat berlari-lari di hadapan kedai, berisiko untuk dilanggar kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi telah mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman dan kini berada di bawah jagaan bapanya.
Wanita berkenaan kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Sementara itu, pihak polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222. - Media Telus
Berita berkaitan
April 26, 2025, 11:51 am
Lelaki maut ditembak dalam kereta
April 25, 2025, 5:01 pm
Pasangan ditahan disyaki pecah kedai, surau di Kluang
April 24, 2025, 5:54 pm
5 individu termasuk seorang wanita ditahan selepas samun bersenjata di Kota Tinggi
April 22, 2025, 2:39 pm
Pembuat mi dijel 10 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri bawah umur
April 22, 2025, 2:05 pm
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
April 22, 2025, 1:05 pm
Rakan wanita minta teman di rumah sebelum dibelasah beramai-ramai dalam flat di Plentong
April 22, 2025, 9:56 am
Wanita ditahan curi beg sandang di Pejabat Bomba Sukarela
April 22, 2025, 9:18 am
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
April 22, 2025, 9:10 am