Berita Hiburan
'Makan, pakai, tempat tinggal semua tak peduli' - Abby dedah Norman tak peduli hal anak lepas cerai

KUALA LUMPUR 21 April - Pelakon dan penyanyi Abby Abadi meluahkan rasa sedih dengan situasi yang berlaku membabitkan bekas suaminya, Norman Hakim, yang didakwa mengambil mudah soal hak anak-anak mereka.
Menerusi satu perkongsian di Thread, Abby berkata selepas bercerai, soal makan, pakai dan tempat tinggal ketiga-tiga anak mereka langsung tidak diambil peduli oleh Norman.
“Tapi apa yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia ambil mudah je semua.
“Dari anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung! Sejak bercerai, makan, pakai, tempat tinggal semua tak peduli. Dari tak berduit, sampai dah kaya,” katanya.
Dalam pada itu, Abby turut menyatakan dia tidak pernah mengajar ketiga-tiga anaknya untuk meminta hak mereka, namun sebagai ibu dia merasakan perlu menuntut hak anak-anak yang tertangguh sejak sekian lama.
“Saya ni yang orang kata macam-macam ni, tak pernah sekalipun saya ajar anak 3 ketul ni meminta hak mereka. Jadi pada anak-anak tiada isu. Si T baik je sebab rajin peluk cium. Tapi saya sebagai ibu.. rasanya perlu mintakan hak mereka, yang dah tertangguh sekian lama,” katanya.
Perkongsian Abby itu turut menarik perhatian ramai yang meluahkan rasa geram terhadap tindakan Norman, selain ada netizen yang meminta Abby mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut nafkah anak-anaknya.
Berita berkaitan
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm
Mimi Fly akur teguran, turun MV lagu raya ‘Serumpun’ dari YouTube
March 13, 2025, 2:06 pm
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
March 7, 2025, 10:41 am