TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 April – Pemain bola sepak sensasi negara, Faisal Halim, disahkan mengalami patah tulang hidung susulan insiden ketika perlawanan Liga Super 2024 antara Selangor FC dan PDRM FC malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, pemain sayap lincah itu memuat naik imej sinar-X yang menunjukkan kecederaan dialami selepas hidungnya terkena siku kapten PDRM FC, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.

Selain itu, Faisal turut berkongsi gambar luka di bahagian hidungnya kepada pengikut di media sosial.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Selangor berjaya menewaskan PDRM dengan keputusan 2-0.

Untuk rekod, nama Faisal pernah menjadi perhatian umum pada Mei tahun lalu apabila beliau menjadi mangsa serangan di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Dalam kejadian itu, Faisal mengalami melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali yang sehingga kini masih belum berjaya dikesan.

+ - reset