Berita Berita
Remaja 17 tahun didakwa rogol budak bawah umur dalam tandas di Kota Bharu

KOTA BHARU 20 April - Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam tandas di sebuah kampung di sini pada November tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika kejadian bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun 10 bulan ketika kejadian di sebuah tandas jam 1.30 tengah hari pada 21 November tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga 30 tahun serta sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Khairul Azwan Azhan.
Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan serius dan mangsa baru berusia 10 tahun.
Muhamamd Khairul Azwan bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan memandangkan tahanan reman tidak sesuai untuk anak guamnya yang masih remaja.
Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM8,000 dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa. Mahkamah turut menetapkan 21 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
April 20, 2025, 11:12 am
Papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, syarikat makanan bayi Singapura mohon maaf
April 20, 2025, 9:30 am
Pengawal keselamatan tembak lelaki amuk di restoran di Kuala Langat
April 20, 2025, 9:03 am
Penuntut UUM temui ajal dihimpit bas kemalangan dalam kampus di UUM
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm