Berita Berita
Papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, syarikat makanan bayi Singapura mohon maaf

KUALA LUMPUR 20 April - Sebuah vendor makanan bayi dari Singapura memohon maaf selepas memuat naik video yang memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, menjadikannya insiden ketiga seumpama itu berlaku dalam tempoh seminggu.
Singapore Lactation Bakes, yang membuka reruai di pameran dagangan produk bayi di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur, mengakui kesilapan tersebut dan menegaskan mereka amat menghormati kepentingan Jalur Gemilang sebagai lambang identiti, warisan serta perpaduan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataannya, syarikat itu menyatakan rasa kesal atas insiden tidak disengajakan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya.
"Sekali lagi, kami memohon maaf dan ingin mengucapkan terima kasih atas pemahaman serta sokongan berterusan anda sambil kami berusaha melakukan yang lebih baik," menurut kenyataan itu.
Susulan insiden berkenaan, penganjur TCE Baby Expo memaklumkan reruai Singapore Lactation Bakes telah ditutup dan siasatan dalaman sedang dijalankan.
"Kami ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas insiden melibatkan salah satu pempamer kami. Kami sedar isu ini amat sensitif dan menyinggung perasaan ramai," kata penganjur dalam kenyataan berasingan.
Sebelum ini, akhbar Sin Chew Daily turut disiasat berhubung penyiaran ilustrasi grafik Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.
Akhbar itu kemudian memohon maaf atas apa yang disebut sebagai ‘kesilapan teknikal’ serta menggantung ketua pengarang dan timbalan ketua penyunting sementara siasatan dijalankan.
Turut disiasat ialah Kwong Wah Yit Poh selepas satu catatan di laman Facebook mereka didakwa memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.
Berita berkaitan
April 20, 2025, 2:21 pm
Remaja 17 tahun didakwa rogol budak bawah umur dalam tandas di Kota Bharu
April 20, 2025, 9:30 am
Pengawal keselamatan tembak lelaki amuk di restoran di Kuala Langat
April 20, 2025, 9:03 am
Penuntut UUM temui ajal dihimpit bas kemalangan dalam kampus di UUM
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm