Berita Politik
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa

KUALA LUMPUR 20 April - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengalami kekalahan mengejut dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Setiawangsa selepas tewas di tangan pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki.
Berdasarkan keputusan rasmi di laman sesawang Pemilihan PKR 2025, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR gagal mempertahankan jawatannya apabila hanya memperoleh 563 undi.
Afdlin berjaya mengetepikan penyandang itu dengan majoriti 68 undi selepas meraih 631 undi.
Seramai 1,640 ahli PKR layak mengundi di cabang itu dengan sejumlah 1,207 kertas undi dikeluarkan sepanjang proses pemilihan berlangsung.
Keputusan berkenaan disahkan menerusi borang keputusan yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Sementara itu, di Cabang Bukit Bintang, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy, turut mengalami kekalahan dalam saingan lima penjuru.
Jawatan Ketua Cabang dimenangi Anwar Pawan Chik selepas meraih 807 undi, menewaskan Saraswathy yang memperoleh 683 undi dengan majoriti 124 undi.
Tiga calon lain, G Sivamalar memperoleh 664 undi, C Kishore Kumar meraih 32 undi manakala seorang lagi calon, Loh Ker Chean, tidak menerima sebarang undi.
Di Cabang Batu pula, Ahli Parlimen kawasan berkenaan, P Prabakaran, gagal dalam usahanya merebut jawatan Ketua Cabang selepas sekadar meraih 793 undi.
Jawatan itu dimenangi peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang meraih majoriti 153 undi selepas memperoleh 946 undi.
Turut mengalami kekalahan ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, yang gagal menewaskan penyandang jawatan Ketua Cabang Wangsa Maju, Lai Chen Heng.
Zahir hanya mampu memperoleh 495 undi berbanding 587 undi yang diraih Lai.
Untuk rekod, sebelum ini Zahir merupakan Ketua Cabang Titiwangsa sejak 2015 dan memenangi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan 2022, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Pengelola Pusat.
Berita berkaitan
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am
PRK Ayer Kuning: Jangan guna modal fitnah nak menang pilihan raya - Mat Sabu
April 14, 2025, 12:21 pm
Aminuddin Harun kekal Ketua Cabang PKR Port Dickson
April 13, 2025, 3:26 pm
Rafizi, Amirudin kekal Ketua Cabang PKR di kawasan masing-masing
April 11, 2025, 1:05 pm
Ahli PKR tegur mufti, minta jangan politikkan isu penguatkuasaan
April 10, 2025, 1:15 pm