Berita Berita
Pengawal keselamatan tembak lelaki amuk di restoran di Kuala Langat

KUALA LANGAT 20 April - Seorang lelaki cedera selepas kakinya ditembak oleh seorang pengawal keselamatan apabila disyaki bertindak agresif terhadap orang awam menggunakan senjata tajam.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting di sini, hari ini.
Menerusi rakaman video berdurasi 57 saat yang tular di media sosial, beberapa individu kelihatan cuba mempertahankan diri menggunakan kerusi daripada serangan lelaki berkenaan.
Situasi tegang itu berakhir apabila seorang pengawal keselamatan melepaskan satu das tembakan ke arah kaki suspek, menyebabkan lelaki itu tersungkur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau memaklumkan bahawa satu kenyataan media berhubung insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
April 20, 2025, 2:21 pm
Remaja 17 tahun didakwa rogol budak bawah umur dalam tandas di Kota Bharu
April 20, 2025, 11:12 am
Papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, syarikat makanan bayi Singapura mohon maaf
April 20, 2025, 9:03 am
Penuntut UUM temui ajal dihimpit bas kemalangan dalam kampus di UUM
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm