TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh

By
|
Kongsi
image

KUALA NERANG 19 April - Seorang lelaki menahan kesakitan kira-kira 30 minit selepas tangan kanannya tersangkut di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Meranti, di sini, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 49 tahun itu cuba mengambil gigi palsunya yang terjatuh ke dalam lubang tandas berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali, berkata tangan mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota dari BBP Kuala Nerang yang tiba sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.04 pagi tadi.

"Sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rahim Mohd Rashid tiba di lokasi dan mendapati mangsa masih berada dalam tandas rumahnya dengan tangannya masih tersangkut.

"Komander Operasi mengarahkan anggota memakai PPE lengkap dan memulakan tugas dengan memecahkan mangkuk jamban menggunakan peralatan khas. Operasi dilakukan sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan.

"Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil. Operasi tamat jam 9.06 pagi," katanya.

+ - reset