Berita Berita
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan

KUALA LUMPUR 19 April - Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, akan mengadakan satu sidang akhbar khas minggu hadapan bagi mengulas isu pembangunan Kampung Sungai Baru.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, sidang akhbar itu diadakan bagi memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku berhubung projek pembangunan di kawasan berkenaan.
Katanya, sejak awal lagi beliau telah menasihatkan penduduk Kampung Sungai Baru supaya tidak menandatangani perjanjian berkaitan projek tersebut.
"Mengenai isu Kampung Sungai Baru, satu sidang akhbar khas akan saya adakan minggu hadapan kerana badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang datang ke sini (Kampung Sungai Baru) tidak memahami (isu sebenar).
"Malah sejak penggal pertama saya menjadi wakil rakyat, saya sudah pesan untuk (mereka) tidak tandatangan tetapi mereka tetap tandatangan.
"Oleh demikian, saya akan jelaskan isu ini dari mula hingga akhir," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Perladangan dan Komoditi di Perkarangan Pintu Gerbang Kampung Baru, di sini hari ini.
Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru, dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.
Sebahagian penduduk, terutamanya penghuni rumah teres, tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 bagi setiap kaki persegi yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Johari memaklumkan bahawa isu membabitkan penduduk Flat Kampung Sungai Baru akan dibawa ke sidang Parlimen akan datang.
Johari berkata, beliau berjanji akan membangkitkan perkara itu bagi membantu menyelesaikan isu penduduk yang telah berpindah dari premis asal namun masih belum menerima rumah gantian.
Dalam tempoh lima tahun lalu, katanya, ada antara penduduk yang berpindah mengalami kesukaran membayar sewa rumah.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan agar campur tangan dalam isu berkenaan memandangkan masalah ini berlarutan sehingga menjadi isu rakyat yang perlu diberi perhatian segera.
Berita berkaitan
April 20, 2025, 9:30 am
Pengawal keselamatan tembak lelaki amuk di restoran di Kuala Langat
April 20, 2025, 9:03 am
Penuntut UUM temui ajal dihimpit bas kemalangan dalam kampus di UUM
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm