Berita Berita
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
PENDANG 19 April - Seorang pemandu ditemui rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd Happyzam Abd Rasid memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.36 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Guar Chempedak bersama BBP Pendang yang diketuai Muhammad Muslim Al Mubarak bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 11.58 malam.
“Sebaik tiba, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.
“Kenderaan tersebut kemudiannya terbalik sebelum terbakar,” katanya.
Mohd Happyzam berkata, Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan berkenaan dan operasi memadam kebakaran dilakukan sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.
“Terdapat seorang mangsa berada dalam kereta terbabit dalam keadaan rentung, namun jantina serta identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 4:46 pm
Jurukimpal dipenjara tiga tahun kendali wang kumpulan Daesh
December 16, 2025, 4:24 pm
Anak-anak SM Mohamed Idris bantah penglibatan Anwar dalam pelancaran buku
December 16, 2025, 4:17 pm
KKM haramkan vape 2026
December 16, 2025, 4:05 pm
Rombakan kabinet, PM umum beberapa Menteri baharu
December 16, 2025, 2:55 pm
FAM nafi semua Exco diminta letak jawatan
December 16, 2025, 2:37 pm
Malas, ibu bapa kurang pantau, 3,000 pelajar di Melaka ponteng sekolah setiap hari
December 16, 2025, 2:09 pm
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag pada 24 Januari 2026 - SPR
December 16, 2025, 1:19 pm
