Berita Berita
Polis terima 28 laporan sokong tindakan penguatkuasaan kebun durian haram di Raub

RAUB 18 April – Polis menerima sebanyak 28 laporan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan yang menyatakan sokongan terhadap tindakan penguatkuasaan ke atas kebun durian Musang King di atas tanah kerajaan di Sungai Ruan, di sini.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, laporan yang diterima menunjukkan sokongan terhadap operasi pihak berkuasa terhadap kebun durian yang tidak mempunyai lesen sah.
“Semua laporan ini adalah bentuk sokongan terhadap usaha penguat kuasa yang menjalankan tugas dalam operasi membanteras kebun durian haram di kawasan tanah kerajaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mohd Shahril turut menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak melulu atau mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Beliau turut mengingatkan agar semua pihak mengelakkan daripada menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) yang boleh memburukkan keadaan dan mengganggu keamanan awam.
Operasi berkenaan melibatkan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang, telah ditahan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam ‘Op Sekat’ yang dilaksanakan minggu lalu.
Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm