Berita Berita
Jurutera 'miang' didakwa rakam video bogel bekas kakak ipar guna kamera pen tersembunyi

MELAKA, 18 April – Seorang jurutera lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merakam video bogel bekas kakak iparnya menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen di dalam tandas rumahnya tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 40 tahun yang ketika itu merupakan kakak iparnya, dengan merakam video mangsa dalam keadaan bogel tanpa pengetahuan wanita itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan sekitar pukul 2 petang di sebuah bilik air rumah di daerah Melaka Tengah pada pertengahan Jun 2024.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif, yang mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Kent Tan Chow Teng merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung dua orang anak kecil serta ibu bapa yang bergantung kepadanya.
Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, media pada 14 April melaporkan pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam video serta gambar bekas kakak iparnya dan anak saudaranya ketika mereka mandi menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen.
Berita berkaitan
April 19, 2025, 2:41 pm
Tangan lelaki tersangkut lubang tandas ketika mahu ambil gigi palsu terjatuh
April 19, 2025, 2:02 pm
Masih ada yang tak faham, Johari adakan sidang media jelas isu Kampung Sungai Baru minggu depan
April 19, 2025, 11:36 am
Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan kes pelajar sunting, jual gambar lucah
April 19, 2025, 10:46 am
Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan di Pendang
April 19, 2025, 9:25 am
Pendakwaan kes Zayn Rayyan dijangka tutup kes minggu hadapan
April 18, 2025, 7:02 pm
Laporan awal insiden Putra Heights hampir siap, paip meletup sudah ditemui - Polis
April 18, 2025, 3:12 pm
'Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang bukan perkara ringan' - Anwar
April 18, 2025, 1:12 pm
Akmal Saleh tegas bantah dakwaan pemilihan PKR terpengaruh budaya UMNO
April 18, 2025, 1:09 pm
Remaja 15 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika memanah ikan di sungai
April 18, 2025, 1:00 pm